Pelan perlindungan yang
bersesuaian dengan gaya hidup
anda

Mengecapi gaya hidup dan melakukan sesuatu yang digemari pastinya merupakan saat yang anda hargai. Jika saat ini dapat dinikmati secara berterusan, ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan. Elitelink adalah pelan berkaitan pelaburan yang bukan sahaja membenarkan anda memilih perlindungan yang bersesuaian dengan gaya hidup anda, malah dapat mengumpul kekayaan untuk terus menikmati aktiviti yang anda gemari.

Manfaat yang anda nikmati

Perlindungan Insurans

Jumlah asas yang diinsuranskan berserta nilai dana terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Manfaat Matang

Anda akan dibayar jumlah nilai dana terkumpul (jika ada) sekaligus apabila polisi anda matang.

Bonus Kesetiaan

Ganjaran sebanyak 6% daripada nilai dana atau 3% daripada premium tahunan asal (mana yang terendah) akan diberikan kepada anda pada hujung tahun polisi ke-5, ke-10 dan ke-15 sekiranya anda mengekalkan pelan dan membayar premium tepat pada masanya.

Pilihan Pengeluaran

Anda boleh membuat pengeluaran daripada nilai dana anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum RM500 pada setiap pengeluaran dengan baki nilai dana sekurang-kurangnya RM1,000 tanpa sebarang caj tambahan.

Pilihan Tambah Nilai

Maksimakan potensi pelaburan dengan deposit tambahan yang boleh dibuat melalui kemudahan tambah nilai pelaburan pada bila-bila masa.




Fleksibiliti untuk Mengubah atau Meningkatkan Perlindungan Anda:

Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah yang diinsuranskan atau premium tetap anda pada ulangtahun polisi. Lengkapkan perlindungan anda dengan pelbagai pilihan rider mengikut keperluan anda pada peringkat kehidupan yang berbeza: 

  • Rider Elite Medic
  • Rider Elite Manfaat Tunai Hospital
  • Rider Elite Penyakit Kritikal Berkurang
  • Rider Elite Manfaat Kemalangan
  • Rider Elite Pengecualian Bagi Penyakit Kritikal 
  • Rider Elite Pengecualian Bagi Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal dan Penyakit Kritikal (Pembayar)
  • Rider Elite Pengecualian Bagi Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal dan Penyakit Kritikal Juvana (Pembayar)

Pelan insurans untuk anda menikmati hidup
tanpa sebarang kebimbangan

Menonton sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.

Senarai Rider

1) Rider Elite Penyakit Kritikal Berkurang
2) Rider Elite Medic
3) Elite Waiver of Premium for Critical Illness
1) Elite Payor Waiver of Premium Upon Death, TPD and Critical Illness (Juvenile)
2) Elite Payor Waiver of Premium Upon Death, TPD and Critical Illness (Spouse)

Kelayakan

Kehidupan Diinsuranskan

Usia 14 hari hingga 65 tahun

Pemegang Polisi

Usia minimum 18 tahun dan tiada usia maksimum

Hubungi Saya

Anda Mungkin Juga Berminat:

Car Accident Protection Special
Perlindungan di jalan raya, untuk anda dan penumpang yang disayangi.
Flexi PA
Melindungi anda dan keluarga daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.
Houseowner and Householder Insurance
Lindungi rumah anda, luaran dan dalaman, dengan satu pelan.