-
If I were to have a policy with coverage amounting to RM200,000, how much compensation would I stand to receive in the event of loss or damage to my home?
Berapakah nilai pampasan yang boleh dituntut bagi polisi insurans sebanyak RM200,000 sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan?
The loss, if caused by any of the insured perils, will be paid based on the loss suffered, insured value, or market value which subject peril to excess; less the allowance for depreciation for wear & tear and underinsurance penalty (if any).
Nilai pampasan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh bahaya (peril) yang diinsuranskan, adalah berdasarkan kerosakan yang dialami, bergantung kepada nilai insurans atau nilai semasa, tertakluk kepada lebihan, penolakan ke atas susut nilai dan penalti terhadap "underinsurance" (sekiranya ada).
The claimant needs to provide proof/documents to support the loss/claim i.e. police report (for civil cases), photographs of the damage, quotations or invoice of repair, historical purchase invoices, technician’s report on causation (if involving electrical items), etc.
Penuntut hendaklah mengemukakan bukti atau dokumen untuk menyokong kerugian atau tuntutan seperti laporan polis, gambar kerosakan, sebutharga atau invois pembaikan, invois pembelian terdahulu, laporan teknikal untuk punca kerosakan (sekiranya melibatkan barangan elektrik), dan lain-lain.
-
Can I claim for alternative accommodation or loss of rental if the house becomes uninhabitable due to an accident?
Bolehkah saya menuntut pampasan bagi penginapan alternatif / kehilangan penyewaan sekiranya kediaman tersebut tidak boleh dihuni akibat kemalangan?
If the loss is caused by any of the insured perils, the insured can claim for alternative accommodation or loss of rental under Rent Insurance; only for the duration necessary for reinstatement and subject to an amount not exceeding 10% of the total Sum Insured.
Sekiranya kerosakan disebabkan oleh mana-mana bahaya (peril) yang diinsuranskan, pemegang polisi boleh membuat tuntutan ke atas penempatan alternatif / kehilangan penyewaan di bawah manfaat Kerugian Sewa; hanya bagi tempoh yang diperlukan untuk pengembalian semula dan tertakluk kapada jumlah yang tidak melebihi 10% daripada jumlah nilai insurans.
-
Can I include renovations costs in the Sum Insured amount?
Bolehkah kos pengubahsuaian kediaman dimasukkan ke dalam jumlah nilai insurans?
A building in HouseOwner policy refers to a Private Dwelling at the premises, including all domestic offices, stables; garage, and outbuildings on the same premises used solely in connection to it and on the same premises; fixtures and fittings; walls, gates, and fences around the premises. Thus, the Insured must ensure that the Sum Insured is adequate to cover the property including renovations, fixtures, and fittings inside the premises. Otherwise, in the event of loss, the claim will be subjected to a penalty of underinsurance.
Bangunan di dalam polisi Pemilik Rumah bermaksud bangunan rumah kediaman persendirian di mana terletaknya premis tersebut termasuk segala pejabat domestik, kandang kuda, garaj dan bangunan-bangunan luar yang berkaitan dengannya dan di atas premis yang sama, barang kelengkapan, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling premis.
Maka, ianya amat penting untuk pelanggan memastikan nilai insurans adalah mencukupi untuk melindungi harta benda termasuk kos pengubahsuaian, dan barang kelengkapan di dalam bangunan premis. Sekiranya tidak mencukupi, nilai pampasan akan tertakluk kepada penalti terhadap "underinsurance".
-
Can I claim on floor tiles that have suddenly cracked or popped up?
Bolehkah saya menuntut pampasan bagi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh jubin lantai yang tertimbul atau pecah?
The HouseOwner policy provides cover for loss or damage to the insured property caused by the insured perils i.e. Fire, lightning, domestic explosion, aircraft, impact by a vehicle or animal, bursting or overflowing of domestic water tanks/apparatus/pipes, theft, windstorm, earthquake/volcanic eruption and flood.
Polisi Pemilik Rumah memberikan perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang diinsuranskan yang disebabkan oleh bahaya (peril) yang terdapat dalam insurans iaitu kebakaran, kilat, letupan domestik, pesawat udara, hentaman oleh sebarang kenderaan jalan raya atau binatang, pecah atau melimpahnya tangki, peralatan atau paip air rumah, kecurian, ribut angin, gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.
No financial assistance will be provided if the loss was not due to the above-mentioned perils.
Tiada bantuan kewangan akan diberikan sekiranya kerosakan yang dialami tidak disebabkan oleh bahaya (peril) yang dinyatakan di dalam kontrak insurans.
-
Can I claim for loss or damage caused by a guest if my homestay was insured by this policy?
Bolehkah saya menuntut kerugian atau kerosakan yang dilakukan oleh tetamu sekiranya saya menginsuranskan kediaman yang dijadikan rumah penginapan (homestay)?
The HouseOwner/ HouseHolder policy is for Private Dwellings only. For a homestay, the appropriate policy to cover the property is a Fire policy.
Polisi Pemilik Rumah / Isi Rumah ialah untuk rumah kediaman persendirian. Untuk rumah penginapan (homestay), polisi yang lebih bersesuaian adalah Polisi Kebakaran.
-
Can I claim the cost of having to hack walls to locate and repair damaged pipes due to a burst pipe in the house?
Bolehkah saya menuntut pampasan bagi kos untuk memecahkan dinding untuk mencari dan membaiki paip yang rosak akibat daripada kejadian paip air yang pecah di dalam rumah yang diinsuranskan?
The HouseOwner policy provides cover for loss or damage to the insured property caused by the insured perils, in this instance — burst and overflowing water tanks/pipes/apparatus. Since the policy only covers the resultant damage directly caused by the insured perils, the cost to locate and repair the damaged pipes is not payable.
Polisi Pemilik Rumah menyediakan perlindungan harta benda yang diinsuranskan untuk kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bahaya (peril) yang diinsuranskan, dalam hal ini — pecah dan limpahan tangki / paip / perkakas air. Oleh kerana polisi ini hanya merangkumi kerosakan yang disebabkan secara langsung oleh bahaya (peril) yang diinsuranskan, maka kos untuk mencari dan memperbaiki paip adalah tidak dilindungi.
-
Can I make a claim for a stolen water pump that was located outside the premises?
Bolehkah saya menuntut pampasan akibat kecurian pam air yang terletak di luar bangunan yang diinsuranskan?
This policy provides cover for theft but only if it is accompanied by an actual forcible and violent break–in into a building or any attempted threat to. In this instance, since the water pump is located outside the building, the loss is not admissible.
Polisi ini menyediakan perlindungan terhadap kecurian tetapi hanya jika disertai dengan tindakan pecah masuk bangunan atau sebarang percubaan ancaman. Di dalam hal ini, oleh kerana pam air terletak di luar bangunan, maka kerugian tersebut tidak dilindungi.