Aksesibiliti Laman Web

Etiqa komited untuk membina laman web ini dan kandungannya supaya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.
 
Piawaian Laman Web 
 
 
Semua halaman menggunakan HTML5 yang sah, berstruktur, semantik. Gaya visual disediakan oleh Cascading Style Sheets (CSS), dan interaksi pengguna ditingkatkan oleh JavaScript.
 
Etiqa berusaha sepenuhnya untuk pengguna yang mengakses tanpa CSS atau JavaScript. Alternatif berasaskan teks disediakan di mana imej digunakan untuk menunjukkan kandungan teks yang relevan.
 
Sokongan Pelayar
 
Kami cuba membuat laman web kami serasi dengan kebanyakan pelayar web, tetapi anda mungkin melihat paparan yang kurang memuaskan jika anda menggunakan pelayar web versi lama.
 
Kami menggalakkan pengguna laman web ini menaik taraf pelayar web kepada versi terbaru. Ini bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman melayari laman web ini tetapi juga semua laman web yang lain. 
 
Navigasi Papan Kekunci
 
Etiqa menyokong navigasi papan kekunci berasaskan piawaian tab.
 
Navigasi Pengenalan Suara
 
Oleh kerana Etiqa mengikut piawaian web, pengguna boleh menavigasi menggunakan perisian pengenalan suara.
 
Saiz Huruf
 
Pelayan web terkini menyokong fungsi kawalan saiz teks atau zum halaman, untuk membolehkan pengguna meningkatkan saiz kandungan penting halaman.
 
Pembaca Skrin
 
ChromeVox adalah sambungan bagi pelayar Chrome di dalam Windows dan MacOS yang beroperasi sebagai pembaca skrin alternatif bagi kandungan laman web.
 
ChromeVox menukarkan teks di laman web kepada suara, memainkan penanda audio status muat turun laman web dan objek lain, juga membolehkan laman web dinavigasi menggunakan papan kekunci.
 
Samada anda menggunakan JAWSWindowEyesNVDA atau Microsoft Narrator dalam Windows atau VoiceOver dalam iOS, ChromeVox berfungsi dalam Chrome bersama pembaca skrin desktop anda.
 
Sokongan Masa Hadapan
 

Usaha aksesibiliti selanjutnya sedang dijalankan. Apabila kami menambah baik laman web kami, kami akan menyatakan sebarang perubahan di sini. Dengan cara itu, anda akan tahu tentang kemajuan yang kami telah kami lakukan.

 
Rujukan:
 

Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0

EtiqaQR