i-Care OKU

i-Care OKU direka khas untuk menyediakan perlindungan takaful yang berpatutan dan mudah diakses oleh orang kurang upaya (OKU) yang kurang upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan dan/atau fizikalb. Pelan takaful ini memberikan perlindungan untuk hilang upaya tunggal atau lebih termasuk bayaran balik perubatan akibat kemalangan, bayaran penjagaan khas, perlindungan kematian dan banyak lagi.

Manfaat Utama

Kelulusan Dijamin
Untuk individu kurang upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan dan/atau fizikal yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Sumbangan Berpatutan
Dapatkan perlindungan sehingga RM40,000 daripada serendah RM0.33a sehari
Manfaat Kematian
Orang yang tersayang akan menerima bayaran tunai sekali gus sehingga RM20,000 untuk kematian semula jadi atau sehingga RM40,000 untuk kematian akibat kemalangan. Selain itu, mereka juga akan menerima RM2,000 untuk menampung perbelanjaan pengebumian
Manfaat Penjagaan Khas
Bayaran sehingga RM400 sekiranya didiagnosisc menghidapi penyakit Denggi, COVID-19 atau sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang di Malaysia
Manfaat Bayaran Balik Perubatan akibat kemalangan
Bayaran balik sehingga RM400 untuk kos rawatan perubatan yang diperlukan akibat kemalangan
Elaun Hospital Harian
Bayaran sehingga RM55 sehari (sehingga maksimum 60 hari setiap sijil) selepas dimasukkan ke hospital

Kelayakan: Pelan ini tersedia sekiranya individu berumur antara 17 hingga 69 tahun (umur pada hari jadi berikutnya) dengan maksimum 2 kategori kurang upayab dan berdaftar di bawah JKM dengan Kad OKU.

Nota:
  1. Bayaran sumbangan bergantung kepada pelan yang dipilih, umur dan jantina.
  2. Kategori kekurangan upaya boleh berbentuk tunggal berdasarkan 5 kategori seperti jadual di bawah, atau gabungan maksimum dua kategori (satu daripada Kumpulan A dan satu daripada Kumpulan B).
No Kategori Kurang Upaya Kumpulan
1 Kurang Upaya Penglihatan A
2 Kurang Upaya Pendengaran
3 Kurang Upaya Pertuturan
4 Kurang Upaya Pendengaran dan Pertuturan
5 Kurang Upaya Fizikal B
 
  1. Jika anda didiagnosis dan dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya 6 jam berturut-turut akibat penyakit berjangkit yang dilindungi.
Manfaat di atas adalah tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat.

Mohon i-Care OKU sekarang!

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai i-Care OKU

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (199301011506)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).
Pelan ini adalah pelan perlindungan tulen dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kejadian tertentu. Produk ini diedarkan tanpa sebarang perantara.

EtiqaQR