Etiqa Term Takaful Plus

Kehidupan memang tidak dapat diramal, tetapi anda boleh bersedia jika berlaku
sesuatu yang tidak diduga dengan Etiqa Term Takaful Plus – pelan bertempoh berpatutan yang menawarkan perlindungan untuk anda dan keluarga anda. Nikmati ketenangan fikiran dengan mengetahui bahawa anda dilindungi, walau apa jua keadaan.

Manfaat Utama

Tanpa Bayaran Tunai
Tanpa Bayaran Tunai
Nikmati kemudahan pembayaran sumbangan secara automatik melalui Akaun KWSP anda untuk perlindungan diri sendiri dan keluarga.
Perlindungan untuk Manfaat Kematian dan Hilang Upaya
Perlindungan untuk Manfaat Kematian dan Hilang Upaya
Bayaran sekali gus sehingga RM200,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Tambahan 100% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan (tambahan 200% sekiranya kematian akibat kemalangan berlaku di luar negara).
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan (HUMK)
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan (HUMK)
Tambahan 100% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya berlaku hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan.
Kelulusan Dijamin
Kelulusan Dijamin
Dapatkan perlindungan segera tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan.
Perlindungan Fleksibel
Perlindungan Fleksibel
Anda boleh memilih jumlah perlindungan bermula dari serendah RM10,000
sehingga maksimum RM200,000.

Nota:
  1. Produk ini dipasarkan dalam bentuk unit.
  2. Jumlah minimum yang dilindungi ialah RM10,000 dan boleh dinaikkan dengan kadar RM5,000 seunit sehingga maksimum RM200,000.
  3. Tertakluk pada terma dan syarat.

Kelayakan

No Kelayakan Umur Hari Jadi Berikutnya (UHJB)
Umur Kemasukan Umur Tamat Tempoh
1 Ahli KWSP 17 – 65 tahun 70 tahun
2 Pasangan
17 – 65 tahun
70 tahun atau apabila Ahli KWSP mencapai umur tamat tempoh, yang mana lebih awal
3 Kanak-kanak 14 hari – 16 tahun 25 tahun atau apabila Ahli KWSP mencapai umur tamat tempoh, yang mana lebih awal

Dapatkan perlindungan Etiqa Term Takaful Plus sekarang

Bantuan dan Sokongan

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh: Etiqa Family Takaful Berhad (199301011506)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR