Insurans Buddy PA

Perlindungan Kemalangan Diri Buddy, atau Buddy PA, adalah pelan yang menjaga anda dan keluarga anda apabila berlaku kemalangan. Untuk menampung keperluan yang berbeza, kami menyediakan empat pelan unik untuk memenuhi setiap keperluan.

Siapa 'Buddy' Anda?

Buddy PA Weekend Warrior
Buddy PA Weekend Warrior
Perlindungan kemalangan diri untuk yang aktif dan berani.
Buddy PA Crime Shield
Buddy PA Crime Shield
Perlindungan kemalangan diri sekiranya berlaku kejadian yang berkaitan dengan jenayah.
Buddy PA Eve Protect
Buddy PA Eve Protect
Perlindungan kemalangan diri khusus untuk wanita sekiranya menjadi mangsa jenayah. 
Buddy PA Lifeline
Buddy PA Lifeline
Pelan kemalangan yang dirancang untuk memberikan bantuan kewangan kepada anda dan orang tersayang.

Weekend Warrior

Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri Weekend Warrior dari Etiqa supaya anda dapat menikmati pengembaraan anda pada bila-bila masa sepanjang hari, setiap hari. Dari badminton ke skydiving, kami melindungi anda. Klik di sini untuk menyemak senarai penuh aktiviti yang dilindungi dengan Weekend Warrior.

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Weekend Warrior

Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM250,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kos rawatan yang diperlukan oleh anda bagi kecederaan akibat kemalangan termasuk perbelanjaan perubatan di hospital dan pesakit luar, graf kulit, pembedahan rekonstruktif muka, rawatan pergigian dan rawatan tradisional.
Elaun Tunai Hospital
Bayaran tunai sehingga RM7,500 semasa anda berada di hospital untuk pemulihan dari kecederaan akibat kemalangan.
Elaun Pemulihan Penjagaan Kejururawatan
Bayaran tunai sehingga RM24,000 sekiranya anda memerlukan perkhidmatan jururawat untuk meneruskan pemulihan anda dari kecederaan akibat kemalangan setelah anda keluar dari hospital.

Dokumen Weekend Warrior

Sila lihat Helaian Pendedahan Produk dan Kontrak Insurans untuk maklumat lanjut berkenaan dengan manfaat-manfaat di atas.

Crime Shield

Dapatkan Perlindungan Peribadi Crime Shield dari Etiqa untuk melindungi kerugian dan kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan jenayah.

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Crime Shield

Kerugian atau kerosakan akibat kejadian jenayah
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh jenayah seperti kejadian ragut, pengeluaran tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) yang menggunakan kad yang dicuri atau sekiranya anda diculik.
Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM300,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai rawatan yang mungkin anda perlukan untuk kecederaan akibat kemalangan seperti bilik hospital dan makanan, perbelanjaan pesakit semasa di hospital dan pesakit luar serta bayaran ambulans.

Dokumen Crime Shield

Sila lihat Helaian Pendedahan Produk dan Kontrak Insurans untuk maklumat lanjut berkenaan dengan manfaat-manfaat di atas.

Eve Protect

Apabila berlakunya serangan jenayah, seperti ragut, sasaran selalunya adalah wanita, menjadikan mereka terdedah kepada kecederaan dan kehilangan barang. Buddy PA - Eve Protect adalah pelan kemalangan yang direka khas untuk wanita sekiranya mereka menjadi mangsa jenayah dengan manfaat-manfaat berikut:

Dapatkan Sekarang & Jimat 25%

Manfaat Utama Eve Protect

Kerugian atau kerosakan akibat kejadian jenayah
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh jenayah seperti kejadian ragut atau pengeluaran tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) yang menggunakan kad yang dicuri.
Pembedahan Rekonstruktif Muka dan perlindungan rawatan pergigian
Pembayaran balik tunai sehingga RM5,000 sekiranya anda memerlukan pembedahan muka atau rawatan pergigian untuk kecederaan akibat kemalangan.
Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM300,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal disebabkan oleh kemalangan.
Keguguran
Bayaran tunai sehingga RM9,500 sekiranya anda mengalami keguguran akibat kemalangan jalan raya.
Elaun Tunai Hospital
Bayaran tunai sehingga RM3,000 sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk pemulihan kecederaan akibat kemalangan.

Muat Turun Dokumen

Sila lihat Helaian Pendedahan Produk dan Kontrak Insurans atau Takaful untuk maklumat lanjut berkenaan dengan manfaat-manfaat di atas.

Lifeline

Kemalangan akan meninggalkan gangguan emosi, kerugian dan bebanan kewangan, bukan sahaja pada anda, tetapi untuk masa depan keluarga. Buddy PA - Lifeline adalah pelan kemalangan yang direka untuk melindungi kewangan anda dan orang tersayang dengan manfaat-manfaat berikut:

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Lifeline

Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM320,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Bayaran Tunai Berganda
Bayaran tunai sehingga dua kali ganda sehingga RM640,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal semasa perjalanan menggunakan pengangkutan awam.
Hilang Upaya Sementara
Bayaran tunai sehingga RM9,600 untuk hilang upaya menyeluruh sementara atau sehingga RM4,800 untuk hilang upaya separa sementara akibat kemalangan.

Muat Turun Dokumen

Sila lihat Helaian Pendedahan Produk dan Kontrak Insurans atau Takaful untuk maklumat lanjut berkenaan dengan manfaat-manfaat di atas.

Diunderait oleh Etiqa General Insurance Berhad (197001000276)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR