Takaful Buddy PA

Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Buddy PA, atau Takaful Buddy PA, adalah pelan yang menjaga anda dan keluarga anda apabila berlaku kemalangan. Untuk menampung keperluan yang berbeza, kami telah membuat empat pelan unik untuk memenuhi setiap keperluan.

Who is your Buddy?

shoe icon
Perlindungan Takaful kemalangan diri untuk yang aktif dan berani.
Takaful Buddy PA Crime Shield
Perlindungan Takaful kemalangan diri untuk mangsa jenayah.
Lady icon
Perlindungan Takaful kemalangan diri untuk wanita.
Takaful Buddy PA Lifeline
Pelan Takaful kemalangan diri dari serendah RM0.18 sehari.

Weekend Warrior

Takaful Buddy PA - Weekend Warrior adalah pelan kemalangan yang direka untuk mereka yang aktif bersukan dan melakukan aktiviti rekreasi pada hujung minggu. Kini, anda boleh menikmati aktiviti mencabar tanpa rasa bimbang, sama ada di darat, laut atau di tempat yang tinggi.

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Weekend Warrior

Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM250,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kos rawatan yang diperlukan oleh anda bagi kecederaan akibat kemalangan termasuk perbelanjaan perubatan di hospital dan pesakit luar, graf kulit, pembedahan rekonstruktif muka, rawatan pergigian dan rawatan tradisional.
Elaun Tunai Hospital
Bayaran tunai sehingga RM7,500 semasa anda berada di hospital untuk pemulihan dari kecederaan akibat kemalangan.
Elaun Pemulihan Penjagaan Kejururawatan
Bayaran tunai sehingga RM24,000 sekiranya anda memerlukan perkhidmatan jururawat untuk meneruskan pemulihan anda dari kecederaan akibat kemalangan setelah anda keluar dari hospital.

Dokumen Weekend Warrior

Nota: Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS) dan Sijil Takaful untuk butiran lanjut mengenai manfaat di atas.

Crime Shield

Sama seperti kemalangan, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah yang menyebabkan bukan sahaja gangguan emosi, tetapi kerugian dan bebanan kewangan. Malah, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan seperti wang atau barangan lain. Takaful Buddy PA - Crime Shield adalah pelan kemalangan yang direka untuk melindungi anda sekiranya berlaku kejadian jenayah dengan manfaat-manfaat berikut:

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Crime Shield

Kerugian atau kerosakan akibat kejadian jenayah
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh jenayah seperti kejadian ragut, pengeluaran tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) yang menggunakan kad yang dicuri atau sekiranya anda diculik.
Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM300,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai rawatan yang mungkin anda perlukan untuk kecederaan akibat kemalangan seperti bilik hospital dan makanan, perbelanjaan pesakit semasa di hospital dan pesakit luar serta bayaran ambulans.

Dokumen Crime Shield

Nota: Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS) dan Sijil Takaful untuk butiran lanjut mengenai manfaat di atas.

Eve Protect

Apabila berlakunya serangan jenayah, seperti ragut, sasaran selalunya adalah wanita, menjadikan mereka terdedah kepada kecederaan dan kehilangan barang. Takaful Buddy PA - Eve Protect adalah pelan kemalangan yang direka khas untuk wanita sekiranya mereka menjadi mangsa jenayah.

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Eve Protect

Kerugian atau kerosakan akibat kejadian jenayah
Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh jenayah seperti kejadian ragut atau pengeluaran tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) yang menggunakan kad yang dicuri.
Pembedahan Rekonstruktif Muka dan perlindungan rawatan pergigian
Pembayaran balik tunai sehingga RM5,000 sekiranya anda memerlukan pembedahan muka atau rawatan pergigian untuk kecederaan akibat kemalangan.
Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM300,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal disebabkan oleh kemalangan.
Keguguran
Bayaran tunai sehingga RM9,500 sekiranya anda mengalami keguguran akibat kemalangan jalan raya.
Elaun Tunai Hospital
Bayaran tunai sehingga RM3,000 sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk pemulihan kecederaan akibat kemalangan.

Dokumen Eve Protect

Nota: Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS) dan Sijil Takaful untuk butiran lanjut mengenai manfaat di atas.

Lifeline

Kemalangan akan meninggalkan gangguan emosi, kerugian dan bebanan kewangan, bukan sahaja pada anda, tetapi untuk masa depan keluarga. Takaful Buddy PA - Lifeline adalah pelan kemalangan yang direka untuk melindungi kewangan anda dan orang tersayang.

Mohon Online & Jimat 25%

Manfaat Utama Lifeline

Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Bayaran tunai sehingga RM320,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Bayaran Tunai Berganda
Bayaran tunai sehingga dua kali ganda sehingga RM640,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal semasa perjalanan menggunakan pengangkutan awam.
Hilang Upaya Sementara
Bayaran tunai sehingga RM9,600 untuk hilang upaya menyeluruh sementara atau sehingga RM4,800 untuk hilang upaya separa sementara akibat kemalangan.

Dokumen Lifeline

Nota: Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS) dan Sijil Takaful untuk butiran lanjut mengenai manfaat di atas.

Diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad (201701025031)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR