Takaful Femina Special

Femina Special adalah satu penyelesaian untuk wanita dengan pemahaman naluri tentang cabaran yang dihadapi oleh wanita dan keluarga mereka. Anda boleh menikmati perlindungan kemalangan peribadi, manfaat perlindungan berkaitan wanita di dalam satu pelan yang menyeluruh.
 
 
Dengan kadar sumbangan yang berpatutan, dan kepelbagaian pilihan manfaat, Femina Special adalah langkah mudah untuk ke arah hidup yang bermanfaat untuk anda dan orang yang tersayang.

Manfaat Utama

Perlindungan Kanser Wanita
Anda akan menerima pampasan sehingga RM20,000 sekiranya menghidap penyakit kanser wanita.
Perlindungan untuk Kes Ragut
Anda akan mendapat pampasan sehingga RM1,000 sekiranya berlaku kehilangan barangan peribadi akibat ragut.
Penculikan
Anda akan mendapat pampasan sehingga RM30,000 untuk perbelanjaan yang ditanggung sekiranya berlaku penculikan.
Bonus Kemakmuran Keluarga untuk Anak Kembar
Manfaat akan dibayar RM1,000 sekaligus sekiranya melahirkan anak kembar atau lebih melalui kelahiran normal atau pembedahan caesarean.

Perlindungan Kemalangan Peribadi:

Anda akan menerima bayaran untuk manfaat berikut akibat kemalangan.

  • Kematian
  • Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal
  • Pembedahan Pembentukan Semula Muka atau Rawatan
  • Pergigian
  • Kematian akibat Komplikasi Bersalin
  • Elaun Kemasukan ke Hospital
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Pembedahan Kulit

Kelayakan

  • Orang Yang Diinsuranskan
    Berumur antara 18 hingga 60 tahun

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad (201701025031)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR