IL Ultimate Health

Apabila anda beralih ke fasa kehidupan yang baharu, keperluan perubatan anda turut akan berubah. Memperkenalkan pelan rider baharu kami, IL Ultimate Health, yang menawarkan had perlindungan yang tinggi sehingga RM10 juta dengan tiga pilihan deduktibel. Melalui pelan perubatan yang komprehensif ini, anda boleh menjalani kehidupan seharian untuk masa depan yang lebih terjamin.

Manfaat Utama

Perlindungan Perubatan yang Komprehensif
Perlindungan Perubatan yang Komprehensif

Nikmati perlindungan perubatan yang komprehensif dengan rider tambahan IL Ultimate Health:

a. Caj Rawatan Perubatan Teknologi Maju Tambahan (contoh: Brakiterapi, Pisau Gamma, Krioablasi, Terapi Hormon untuk Kanser dan banyak lagi)

b. Ujian Genomik untuk Kanser sehingga RM40,000

c. Kanta Intraokular (untuk rawatan mata) sehingga RM8,000

d. Caj Psikiatri Pesakit Luar sehingga RM30,000

e. Caj Rawatan Demam Denggi/Chikungunya untuk Pesakit Luar sehingga RM5,000

f. Bayaran balik caj pengamal perubatan alternatif (seperti Ayurveda, Kiropraktik, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur) sehingga RM5,000 setiap tahun polisi

Nota: Sila rujuk Jadual Manfaat di dalam risalah untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan ini.
Had Perlindungan Tinggi
Had Perlindungan Tinggi
Dapatkan perlindungan perubatan sepanjang hayat tanpa had dengan had tahunan yang tinggi sehingga RM10 juta dengan pelan VIP kami.
Pilihan untuk Penjimatan Kos
Pilihan untuk Penjimatan Kos
Dapatkan perlindungan komprehensif yang sepadan dengan keperluan daripada tiga pilihan deduktibel: RM500, RM20,000 dan RM40,000.
Akses Perubatan melalui Aplikasi Etiqa+
Akses Perubatan melalui Aplikasi Etiqa+
Dapatkan panduan arah ke Hospital Panel Etiqa yang terdekat, semak kelayakan perubatan anda dan nikmati proses kemasukan ke hospital yang lebih lancar.
Tingkatkan Perlindungan Anda
Tingkatkan Perlindungan Anda
Hubungi Ejen Perunding kami untuk mendapatkan perlindungan yang sesuai.

Nota: Manfaat utama di atas adalah tertakluk pada terma dan syarat.

Kelayakan: Pelan ini tersedia untuk anda atau pasangan anda yang berumur antara 17 hingga 70 tahun, dan kanak-kanak berumur antara 14 hari hingga 16 tahun.

 

Contact us and receive a FREE consultation today.

Muat Turun Dokumen IL Ultimate Health

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (Co. Reg. No.: 201701025113)

(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia)

Ini merupakan produk insurans yang berkait dengan prestasi aset-aset dasarnya dan bukanlah produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.

EtiqaQR