Takaful SME Care

Sumber manusia merupakan pelaburan yang kritikal dan daya penggerak di belakang perniagaan anda. Etiqa SME Care Takaful membolehkan anda melindungi pekerja anda dengan perlindungan komprehensif melalui perkhidmatan Fast & Easy kami untuk pekerja dan majikan:

Manfaat Utama

‘One-stop shop’
Pekerja dapat menikmati perlindungan terhadap kematian, hilang upaya, penyakit, penghospitalan & pesakit luar daripada satu pembekal tunggal
Penjagaan Perubatan Tanpa Kad Perubatan
Pekerja boleh dirawat di hospital & klinik tanpa memerlukan kad perubatan
Penjagaan Perubatan Tanpa Bayaran Tunai
Surat Jaminan disediakan untuk kemasukan tanpa bayaran di hospital panel di seluruh negara dengan hanya satu panggilan ke talian hotline 24/7 kami. Pekerja juga boleh mendapatkan rawatan perubatan di klinik panel tanpa bayaran
Aplikasi Etiqa+
Aplikasi Etiqa+
Aplikasi yang memudahkan pekerja melalui fungsi layan diri seperti merujuk Surat Jaminan & maklumat polisi dengan serta-merta, di mana sahaja & pada bila-bila masa.

Penyelesaian komprehensif yang fleksibel untuk keperluan perniagaan anda:

Takaful Keluarga Berkelompok
Melindungi pekerja anda daripada ketidakpastian dalam kehidupan dengan bayaran sekaligus.
Perlindungan asas akan diperuntukkan terhadap kejadian berikut:
  • Kematian
  • Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal
  • Hilang Upaya Separa Dan Kekal
  • Penyakit Terminal
Memastikan pekerja anda mempunyai peluang pemulihan sekiranya mereka didiagnosis dengan penyakit kritikal.
Manfaat tambahan terhadap penyakit kritikal:
  • 36 Penyakit Kritikal
Hospital & Pembedahan Berkelompok
Memastikan pekerja anda menumpukan perhatian kepada pemulihan tanpa rasa bimbang mengenai kos perubatan.
Manfaat tambahan perubatan di seluruh negara:
  • Kemasukan ke hospital tanpa bayaran tunai
  • Perlindungan komprehensif penghospitalan & pembedahan yang meliputi Pra & Selepas penghospitalan
  • Rawatan Kanser & Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
  • Bayaran tunai sebanyak RM10,000 untuk Perbelanjaan Pengebumian
Pesakit Luar Berkelompok
Memastikan pekerja anda mendapat rawatan perubatan yang cepat dengan kemasukkan tanpa tunai daripada rangkaian panel yang luas di seluruh negara.
Manfaat tambahan untuk rawatan perubatan di klinik atau pusat pakar perubatan:
  • Penjagaan perubatan tanpa bayaran tunai
  • Rawatan penjagaan pengamal perubatan yang tidak terhad
  • Rawatan penjagaan pakar perubatan
  • Akses ke rangkaian klinik & pakar perubatan yang luas di seluruh negara

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (199301011506)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia).

EtiqaQR