Insurans Pemilik Rumah dan Isi Rumah

Kerosakan atau pecah masuk rumah boleh memberikan kesan terhadap kewangan dan gangguan emosi pada anda dan keluarga. Insurans Pemilik Rumah dan Isi Rumah dari Etiqa membantu mengurangkan kos penggantian dan pembaikan rumah.
 
Dapatkan anggaran perlindungan yang diperlukan menggunakan kalkulator kos bangunan yang disediakan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendapatkan nasihat profesional bebas sekiranya rumah telah diubahsuai secara meluas dan/atau mempunyai reka bentuk yang unik/tidak standard.

Manfaat Utama

Perlindungan untuk kerosakan akibat kebakaran, kilat, dan letupan domestik.
Pembayaran balik ganti rugi untuk kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut taufan, ribut petir, angin kencang, dan banyak lagi.
Perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan atau haiwan.
Pembayaran balik sehingga 10% untuk kerugian sewa berdasarkan jumlah perlindungan.
Perlindungan untuk kerosakan akibat pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik.
Perlindungan untuk kecurian yang melibatkan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah.

Kelebihan

Proses tuntutan melalui bantuan panggilan video
Dengan proses tuntutan melalui panggilan video, anda boleh mendapatkan ganti rugi untuk kerosakan kecil kediaman dalam beberapa minit sahaja. Pelajari tentang E-Cleva.

Pilihan Tambahan Untuk Perlindungan Lengkap

Senarai pilihan manfaat tambahan:

  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat keganasan
  • Peningkatan Had Liabiliti kepada orang ramai sehingga had maksimum RM250,000
  • Peningkatan had kehilangan sewa
  • Perlindungan untuk rumah yang  ditinggalkan tanpa penghuni melebihi sembilan puluh (90) hari
  • Kecurian tanpa pecah masuk dan/atau keluar rumah dengan paksaan dan keganasan  tidak termasuk kecurian oleh ahli keluarga/orang gaji

Dapatkan 15% rebat apabila anda mendaftar pelan ini atas talian

Mohon Online

Bantuan & Sokongan

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa General Insurance Berhad (197001000276)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR