Home

Takaful | Insurans   

Soalan Lazim

MRTT |  Takaful Kebakaran |  Maklumat Pinjaman Perumahan |  Keistimewaan Ahli

Apakah keistimewaan Pelan Takaful Gadaijanji yang ditawarkan oleh Etiqa Family Takaful Berhad?
Etiqa Family Takaful Berhad meruapakan peneraju perlindungan Takaful di Bahagian Pinjaman Perumahan sejak 1994. Oleh itu kami mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Beberapa kelebihan boleh didapati di dalam Pelan yang kami tawarkan:-

- Menerima penyertaan sehingga umur 70 tahun tanpa pengunderaitan (tanpa sebarang pemeriksaan perubatan atau pengakuan kesihatan)
- Memperkenalkan proses tuntutan yang paling mudah dengan hanya memerlukan sijil kematian yang disahkan bagi tuntutan kematian.

Apakah perlindungan gadaijanji dapat menyelesaikan baki hutang sepenuhnya jika orang dilindungi meninggal dunia, HUMK?
Ya, baki pinjaman akan diselesaikan dengan syarat tiada berlaku tunggakan ke atas pinjaman tersebut dan amaun pinjaman adalah setara dengan amaun perlindungan gadaijanji.

Apakah itu perlindungan gadaijanji?
Perlindungan gadaijanji adalah perlindungan ke atas pinjaman berdasarkan amaun perlindungan gadaijanji sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia atau mengalami HUMK.