Kesihatan Kelompok

Dapatkan Perlindungan Yang Menepati Keperluan Perniagaan Dan Pekerja Anda.

Sediakan yang terbaik untuk pekerja dan perniagaaan anda. Kami menyediakan produk-produk yang dapat membantu anda menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja anda. Lindungi mereka agar mereka dapat menjaga perniagaan anda.

Kesihatan Kelompok

Hargai pekerja anda dengan pakej perlindungan kemasukan hospital dan pembedahan buat mereka dan keluarga mereka. Ahli keluarga dan tanggungan juga termasuk di dalam pelan ini.
 
  • Perlindungan Asas – Manfaat Kemasukan Hospital dan Pembedahan.
  • Perlindungan Pilihan – Perbelanjaan Pengebumian.

Sumber manusia merupakan pelaburan yang kritikal dan daya penggerak di belakang perniagaan anda. Etiqa SME Care membolehkan anda melindungi pekerja anda dengan perlindungan komprehensif melalui perkhidmatan Fast & Easy kami untuk pekerja dan majikan.
 

Easy Coverage adalah pelan Perlindungan Berkelompok yang memberikan perlindungan komprehensif kepada anda dan keluarga anda.
 

Berikan pekerja anda ketenangan minda.

  • Perlindungan Asas – Kematian (Semulajadi/Semua Sebab).
  • Perlindungan Pilihan –Hilang Upaya Penuh (TPD), Penyakit Kritikal Dipercepatkan/Tambahan (CI), Kematian & Kecacatan Akibat Kemalangan (ADD), Hilang Upaya Separa Kekal (PDD), Perbelanjaan Pengebumian (FE).

Ia adalah pelan berkaitan pelaburan yang menyediakan manfaat kematian dan perlindungan perubatan sepanjang tempoh bekerja hingga persaraan. Pelan ini direka khas untuk kakitangan korporat pelan Kemasukan Hospital & Pembedahan Berkelompok (GHS) Etiqa.
 
Pelan ini boleh digunapakai sebagai:
  • Pelan Perubatan Utama - Perlindungan perubatan bermula sekarang (untuk tanggungan yang tidak dilindungi oleh syarikat)
  • Pelan Perubatan Selepas Persaraan - Perlindungan perubatan untuk tempoh selepas persaraan (60-80 tahun)
  • Pelan Perubatan Tambahan - Sebagai perlindungan perubatan tambahan bagi tempoh pekerjaan semasa untuk kakitangan yang mempunyai pelan perubatan terhad.
 

Perlindungan menyeluruh untuk pekerja dan keluarga terdekat mereka. Perlindungan termasuk untuk pasangan dan anak-anak.

  • Perlindungan Asas – Kematian
  • Perlindungan Pilihan – Hilang Upaya Penuh (TPD), Penyakit Kritikal Dipercepatkan/Tambahan (CI), Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan (ADD), Hilang Upaya Separa Kekal (PDD), Perbelanjaan Pengebumian (FE), Manfaat Hospital Harian, Pembayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan, Gaji atau Manfaat.

Kelayakan perlindungan juga diberikan kepada pasangan (manfaat HS sahaja) dan anak-anak (manfaat HS sahaja).

  • Perlindungan Asas – Kematian & TPD (semua punca).
  • Perlindungan Pilihan – Penyakit Kritikal Dipercepatkan (CI), Kemasukan Hospital & Pembedahan (GHS).

Membantu mengurangkan perbelanjaan untuk pekerja, ahli dan tanggungan keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
 
  • Perlindungan Asas – Perbelanjaan Pengebumian.

Membantu mengurangkan perbelanjaan ahli sekiranya berlaku sesuatu yang tak dijangka.
 
  • Perlindungan Asas – Perbelanjaan Pengebumian.
  • Perlindungan Pilihan – Faedah Kematian (Semua Punca).

Etiqa Life Insurance Berhad
Group Corporate Employee Benefits

On Sim Wee
Head of Division
Vice President
+603 2785 5411
grouplife@etiqa.com.my
 

Etiqa Family Takaful Berhad
Group Corporate Employee Benefits

Zetty Zabir
Head of Division
Vice President
+603 2785 6320
zetty.z@etiqa.com.my

Panel Hospital Berkelompok

Soalan Lazim

  • Polisi sudah luput / tamat tempoh.
  • Status polisi bertukar kepada 'extended term insurance'.
  • Kemasukan ke wad sebelum polisi berkuatkuasa.
  • Kemasukan ke wad adalah dalam tempoh menunggu (30 hari) atau kemasukan kerana penyakit khusus yang berlaku dalam tempoh 120 hari daripada tarikh perlindungan insurans bermula.
  • Diagnosis penyakit termasuk di bawah pengecualian polisi; contohnya: penyakit yang berkaitan dengan kehamilan, penyakit yang berkaitan dengan keadaan selepas lahir yang tidak normal / kecacatan dan sebagainya.
  • Penyakit Sedia Ada.
  • Maklumat penting (material) yang tidak didedahkan ketika polisi ini diambil.
  • Kemasukan ke hospital bukan panel.
  • Rawatan di luar negara.

Ya, ini adalah bergantung kepada budi bicara pihak hospital dan amaun ini mungkin berbeza antara hospital yang lain. Amaun ini akan digunakan bagi membayar benda yang tidak dilindungi semasa discaj dan baki akan dipulangkan kepada ahli.

Ya, ahli yang telah membuat bayaran terlebih dahulu kepada pihak hospital, boleh menghantar tuntutan bayaran balik tersebut ke Jabatan Tuntutan Perubatan di Etiqa. Tuntutan akan diproses berdasarkan Syarat & Terma sepertimana tertera di dalam polisi kontrak.

  • Borang Tuntutan Perubatan
  • Borang Perubatan - Statement of Medical Examiner
  • Laporan Siasatan (jika ada)
  • Salinan asal bil hospital
  • Salinan asal resit hospital (Berdasarkan polisi kontrak, tuntutan ini boleh ditolak sekiranya dokumen ini tidak disertakan)

Ahli boleh memohon Surat Jaminan dengan memberikan no. kad pengenalan atau no. polisi kepada kakitangan hospital. Kakitangan hospital akan menghubungi Etiqa Healthcare untuk membuat pengesahan mengenai status polisi dan kelayakan.

Panduan Lengkap untuk Polisi Perubatan / Pemegang sijil Etiqa

Muat turun panduan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai:
 
  • Kemasukan Kemasukan Hospital (Permintaan untuk Surat Jaminan & Proses Pelepasan)
  • Proses Penggantian Tuntutan
  • Panel Hospital

Tuntutan E-Khairat

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

EtiqaQR