Penyata Privasi

Bagi tujuan membekalkan produk/perkhidmatan kepada anda, data peribadi anda diperlukan oleh pihak kami. Apabila anda memberikan data peribadi anda kepada kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi data peribadi anda. Justeru itu, kami ingin anda menyedari perkara berikut:
 
“Etiqa” atau “kami” dalam notis ini merujuk kepada Maybank Ageas Holdings Berhad Etiqa Life Insurance Berhad, Etiqa General Insurance Berhad, Etiqa Family Takaful Berhad, Etiqa General Takaful Berhad, Etiqa Life International (L) Ltd atau Etiqa Offshore Insurance (L) Ltd (“Etiqa”) dan cawangannya di Malaysia dan negara lain serta setiap entiti dalam Etiqa, yang terdiri daripada anak syarikatnya di Malaysia dan luar negara, atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya.
 
“Kumpulan Maybank” dalam notis ini merujuk kepada Malayan Banking Berhad (“Maybank”) dan cawangannya di Malaysia dan negara lain serta setiap entiti dalam Kumpulan Maybank, yang terdiri daripada anak syarikatnya di Malaysia dan luar negara, atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya.

Kami memerlukan data peribadi anda:
  1. Untuk tujuan pengenalan identiti anda, pengesahan komunikasi dengan anda, dan memastikan bahawa arahan yang kami terima adalah daripada anda;
  2. Untuk memenuhi kewajiban kami di bawah undang-undang dan pengawalseliaan;
  3. Untuk menilai kesesuaian produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda;
  4. Untuk tujuan analisis dan kaji selidik pasaran, agar kami dapat mengembangkan dan menawarkan produk/perkhidmatan yang lebih baik;
  5. Bagi memudahkan operasi kami, dan untuk memproses transaksi, dan arahan anda;
  6. Untuk pengambilan dan pekerjaan;
  7. Untuk memastikan keselamatan premis dan sistem kami;
  8. Untuk tujuan audit;
  9. Untuk perkongsian maklumat dengan penanggung insurans lain, pengendali takaful dan mana-mana sistem perkongsian maklumat lain, yang mungkin termasuk sistem penarafan kredit.

Kami akan mengumpulkan data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut yang membolehkan pihak kami untuk:
  1. Mengenali anda;
  2. Berkomunikasi dengan anda;
  3. Menilai profil anda;
  4. Memenuhi kewajiban di bawah undang-undang dan pengawalseliaan;
  5. Merekod butiran transaksi/komunikasi anda dengan kami.
 
Data peribadi anda hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
 
(i) Maklumat Peribadi Tidak Sensitif
1. nama dan umur;
2. alamat rumah/pos;
3. No. K/P/Pasport;
4. maklumat hubungan, nombor telefon, alamat e-mel;
5. profil biodata;
6. gambar gambar atau video;
7. maklumat pekerjaan;
8. maklumat kewangan;
9. pelaburan dan keutamaan risiko;
10. pendaftaran kenderaan;
11. maklumat peribadi ahli keluarga atau waris/benefisiari/penama/pemegang amanah/ penerima serah hak; dan/atau
12. maklumat peribadi lain yang diperlukan (dengan persetujuan anda).
 
(ii) Maklumat Peribadi Sensitif
1. cap ibu jari atau profil DNA;
2. keadaan kesihatan fizikal dan/atau mental;
3. kepercayaan agama;
4. melakukan atau didakwa melakukan apa-apa kesalahan atau pelanggaran undang-undang;
5. luahan pendapat; dan/atau
6. maklumat peribadi sensitif lain yang diperlukan (dengan persetujuan anda)
 
Jika anda membekalkan data peribadi pihak lain seperti ahli keluarga anda, penjaga yang sah, penama, pengarah, pemegang saham atau pegawai, sila pastikan anda telah mendapat persetujuan mereka dan bawa Penyata Privasi ini kepada perhatian mereka.
 

Kami memperolehi data peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk:
  1. maklumat yang diberikan oleh anda atau melalui sumber yang dibenarkan oleh anda;
  2. maklumat yang diperolehi dari sumber yang sah dan tersedia secara umum;
  3. maklumat yang dikeluarkan kepada kami oleh pihak berkuasa/orang lain, dengan atau tanpa pengetahuan atau penglibatan anda sebagai sebahagian daripada fungsi berkanun kami dan untuk tujuan pengambilan;
  4. biometrik, jejak digital, geolokasi, imej video dan rakaman suara yang diperolehi semasa anda berinteraksi dengan kami, sama ada secara fizikal atau melalui saluran digital.

Tertakluk kepada pematuhan undang-undang dan kewajiban pengawalseliaan, data peribadi anda akan dikongsi dalam dan luar Malaysia:
 
  1. Maybank Ageas Holdings Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad, Etiqa General Insurance Berhad, Etiqa Family Takaful Berhad, Etiqa General Takaful Berhad, Etiqa Life International (L) ltd or Etiqa Offshore Insurance (L) Ltd, dalam konteks yang diperlukan;
  2. dengan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Maybank;
  3. dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan-badan pengawalseliaan, dimana kami wajib melakukannya dalam keadaan tertentu;
  4. sekiranya perkongsian diperlukan untuk melindungi kepentingan anda dan jika persetujuan anda sebelum itu tidak praktikal untuk diperolehi;
  5. dengan pihak ketiga yang telah kami berkontrak untuk memberikan perkhidmatan tertentu kepada anda. Pihak ketiga ini juga tertakluk kepada dasar privasi yang sama seperti kami; dan
  6. dengan sebarang pihak yang disetujui oleh anda untuk perkongsian data peribadi anda.
 
Walaupun data anda mungkin dikongsi dengan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Maybank dan rakan-rakan kongsi strategik tertentu bagi tujuan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya mungkin memanfaatkan anda, kami tidak akan menghubungi anda bagi tujuan pemasaran melainkan jika anda telah memberikan persetujuan anda, untuk kami membuat demikian. Kami juga ingin memberi jaminan bahawa kami tidak akan menjual data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi data anda, baik dalam bentuk fizikal atau digital, ini termasuk menyediakan prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang mematuhi taraf amalan terbaik antarabangsa.  Langkah-langkah ini sentiasa disemak secara berkala untuk memastikan ia berkesan dan mencukupi.  Semua kakitangan dan pihak ketiga yang dibenarkan perlu mematuhi langkah-langkah dan amalan-amalan ini juga.

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa ada kemungkinan kos yang terlibat, bergantung kepada jenis data yang diminta.
 
Anda juga berhak untuk menarik balik persetujuan untuk kami memproses data peribadi yang anda berikan. Namun demikian, penarikan persetujuan anda mungkin memberi kesan kepada produk/perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda.
 
Anda juga boleh membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda yang telah diberikan kepada kami.  Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda, atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang ada dengan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini.
 
Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami, menelefon Khidmat Pelanggan kami di Etiqa Online 1-300 13 8888 atau melayari www.etiqa.com.my. Bagi pelanggan korporat, anda boleh menghubungi pengurus hubungan anda secara terus.
 
Jika undang-undang perlindungan data yang terpakai untuk pemprosesan data peribadi anda tidak memperuntukkan hak atau menetapkan had dan pengecualian yang mungkin kami harapkan, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda atau membenarkan permintaan tersebut mengikut budi bicara kami.

Kami akan mengemas kini Penyata Privasi ini dari masa ke semasa.  Sila semak Penyata Privasi ini secara berkala supaya anda sentiasa kekal maklum tentang cara maklumat anda dilindungi.
 
Penyata Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara kedua-dua versi ini, versi bahasa Inggeris akan digunakan. Jika terdapat percanggahan antara Penyata Privasi ini dengan terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu berkenaan cara kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda, terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu akan dipakai.
 
Kali terakhir Penyata Privasi ini dikemas kini adalah pada Januari 2023.

Muat Turun Penyata Privasi

EtiqaQR