Tentang Kami

Sejarah Etiqa bermula pada 2005 apabila Maybank Ageas (dahulu dikenali sebagai Mayban Ageas), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, pengendali takaful terunggul di Malaysia. Pada penghujung 2007, lahirlah Etiqa, syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia.

Pada 2018, bagi menyokong Akta Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pemegang kepentingan kami, Etiqa telah menjadi empat organisasi:

 
  •   Etiqa General Insurance Berhad (EGIB)
  •   Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB)
  •   Etiqa General Takaful Berhad (EGTB)
  •   Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB)

Ketahui lebih lanjut mengenai organisasi kami

Lembaga Pengarah
Senarai ahli Lembaga Pengarah kami yang komited bagi memastikan perniagaan kami dapat memberikan nilai kepada para pemegang saham.

Selanjutnya

Ahli Jawatankuasa Syariah
Senarai Ahli Jawatankuasa Syariah yang bertanggungjawab menasihati Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad dalam memastikan perniagaan, hal ehwal dan aktivitinya mematuhi Syariah.

Selanjutnya

Pengurusan Kanan
Senarai individu yang bertanggungjawab menjalankan operasi perniagaan Etiqa secara strategik dan cekap.

Selanjutnya

Laporan Kewangan
Di Etiqa, kami memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara telus. Sila muat turun dan semak Laporan Kewangan kami.

Selanjutnya

Tadbir Urus Korporat
Etiqa mengiktiraf kepentingan tadbir urus korporat yang baik untuk memastikan ketelusan, untuk memberi manfaat sepenuhnya kepada para pemegang saham dan pihak berkaitan yang lain serta untuk mengukuhkan kelebihan daya saing syarikat.

Selanjutnya

Etiqa Cares
Etiqa Cares merupakan usaha tanggungjawab sosial Etiqa untuk meningkatkan kehidupan individu, keluarga & komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Selanjutnya

Piagam Pelanggan
Di Etiqa, anda diutamakan. Kami telah memudahkan jutaan rakyat Malaysia melindungi aset mereka, mengekalkan gaya hidup mereka dan membina masa depan yang lebih baik.

Selanjutnya

Pusat Media
Untuk maklumat terkini mengenai Etiqa, sila rujuk siaran-siaran akhbar dan keratan media.

Selanjutnya