Latar Belakang
Sejarah penubuhan Etiqa bermula pada tahun 2005 apabila Maybank Ageas (dahulunya dikenali sebagai Mayban Fortis), sebuah pengendali insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful, telah bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd. Pada tahun 2007, penggabungan ini telah membawa perubahan jenama kepada Etiqa Insurance Berhad (EIB) dan Etiqa Takaful Berhad (ETB) untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful di bawah Kumpulan Maybank.
EIB dan ETB adalah pemegang lesen insurans dan takaful komposit yang menyediakan produk dan perkhidmatan seperti insurans am, insurans hayat, takaful am, dan takaful keluarga, melalui pelbagai saluran jualan seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, lain-lain bank, internet, dan mesin juruwang automatik (Automatic Teller Machine (ATM)).
Pada tahun 2018, selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Etiqa Takaful mulai menjalankan lesen perniagaan Takaful Am dibawah nama Etiqa General Takaful Berhad, EGTB (1239197-A) dan lesen perniagaan Takaful Keluarga dibawah nama Etiqa Family Takaful Berhad, EFTB (266243-D).
Walau bagaimanapun, perubahan yang dinyatakan di atas tidak akan sesama sekali menjejaskan urusan perlindungan Insurans dibawah Skim Pinjaman Perumahan Sektor Awam (SPPSA). Berdasarkan pengalaman yang sedia ada, EFTB dan EGTB mampu memberikan perlindungan yang terbaik dan manfaat terhebat pada harga sumbangan yang berpatutan.
|