Etiqa Critical Care Takaful Plus 

Tahukah anda bahawa 1 daripada 4 rakyat Malaysia menghidapi kanser?
(Sumber: Laman web Cancer Research Malaysia)
 
Penyakit kritikal boleh melanda pada bila-bila masa. Oleh itu, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapinya agar kita tidak dibebani masalah kewangan nanti. Apa yang penting, kita seharusnya fokus pada proses pemulihan, bukannya kos perubatan.
 
Dengan Etiqa Critical Care Takaful Plus, anda boleh melindungi diri anda dan orang yang tersayang dari segi kewangan.

Manfaat Utama

Tanpa Bayaran Tunai
Tanpa Bayaran Tunai
Nikmati kemudahan pembayaran sumbangan secara automatik melalui Akaun KWSP anda untuk perlindungan diri sendiri dan keluarga.
Melindungi 42 Jenis Penyakit Kritikal
Melindungi 42 Jenis Penyakit Kritikal
Melindungi anda jika anda didiagnosis dengan salah satu daripada 42 jenis penyakit kritikal yang dilindungi seperti kanser, serangan jantung, strok dan banyak lagi.
Manfaat Penjagaan Kanser
Manfaat Penjagaan Kanser
Tambahan 50% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda didiagnosis kanser.
Bayaran Tunai Awal
Bayaran Tunai Awal
Bayaran tunai sebanyak 10% (tertakluk pada maksimum RM25,000) daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar untuk kanser peringkat awal, angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari, penyakit mental teruk dan komplikasi diabetes mellitus.
Elaun Tunai Penyakit Berjangkit
Elaun Tunai Penyakit Berjangkit
Bayaran sekali gus RM300 akan dibayar sekiranya didiagnosis dan dimasukkan ke hospital akibat denggi, COVID-19 atau sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang.
Tiada Pemeriksaan Perubatan
Tiada Pemeriksaan Perubatan
Hanya jawab 4 soalan sahaja bagi melengkapkan pendaftaran anda dan pasangan anda. Tiada soalan untuk kanak-kanak.
Perlindungan Fleksibel
Perlindungan Fleksibel
Anda boleh memilih jumlah perlindungan untuk diri sendiri atau pasangan anda daripada serendah RM10,000 sehingga maksimum RM200,000 (untuk kanak-kanak, bermula daripada RM2,000 sehingga RM40,000).

Nota:
  1. Produk ini dipasarkan dalam bentuk unit.
  2. Bagi Ahli KWSP/Pasangan, jumlah minimum yang dilindungi ialah RM10,000 dan boleh dinaikkan dengan kadar RM5,000 seunit sehingga maksimum RM200,000.
  3. Bagi kanak-kanak, jumlah minimum yang dilindungi ialah RM2,000 dan boleh dinaikkan dengan kadar RM1,000 seunit sehingga maksimum RM40,000.
  4. Tertakluk pada terma dan syarat.

Kelayakan

No Kelayakan Umur Hari Jadi Berikutnya (UHJB)
Umur Kemasukan Umur Tamat Tempoh
1 Ahli KWSP 17 – 65 tahun  70 tahun
2 Pasangan
17 – 65 tahun
70 tahun atau apabila Ahli KWSP mencapai umur tamat tempoh, yang mana lebih awal
3 Kanak-kanak 14 hari – 16 tahun 25 tahun atau apabila Ahli KWSP mencapai umur tamat tempoh, yang mana lebih awal

Dapatkan perlindungan Etiqa Critical Care Takaful Plus sekarang

Bantuan dan Sokongan

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh: Etiqa Family Takaful Berhad (199301011506)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).

EtiqaQR