Akademi Etiqa adalah pusat pembelajaran yang membekalkan ilmu pengetahuan dan latihan kemahiran untuk ejen-ejen Etiqa Insurance & Takaful daripada peringkat awal anda menyertai kami. Kami selaraskan keperluan perkembangan kerjaya anda supaya anda cemerlang dan dapat memenuhi potensi kerjaya anda.
Ditubuhkan pada Julai 2009, Akademi Etiqa terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, di lokasi strategik yang mudah di akses oleh pengangkutan awam seperi teksi, bas dan juga LRT.
Akademi Etiqa dilengkapi dengan kemudahan moden untuk keperluan latihan dan pembelajaran yang diperlukan oleh tenaga agensi kami, di antaranya dewan serbaguna, dewan ceramah, makmal komputer dan pusat sumber.
Barisan profesional yang berkelayakan tinggi dan berdedikasi akan memastikan ejen-ejen menerima latihan berstruktur apabila mereka menyertai Etiqa Insurance & Takaful.
© 2024 Etiqa. Hak Cipta Terpelihara.
Thank you for signing up.
We can't wait to send you updates that we hope you'll find informative and helpful.