Takaful Mabrur

Mencari ketenangan bukan sekadar cita-cita; ia adalah suatu cara hidup. Lengkapkan laluan anda dengan pelan simpanan dan perlindungan yang memahami hasrat anda untuk kesejahteraan hidup yang harmoni, ketika anda memulakan perjalanan anda untuk memenuhi salah satu daripada lima rukun Islam. Dengan Etiqa Mabrur, anda lebih dekat untuk menunaikan Haji, menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda.

Manfaat Utama

Simpanan Untuk Haji dan Umrah Anda
Nikmati bayaran tunai yang berjumlah sehingga 123% daripada jumlah asas yang dilindungi, yang akan dibayar terus ke dalam akaun Tabung Haji anda bermula dari akhir tahun ke-3 sijil.
Perlindungan Takaful
Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Jumlah asas yang dilindungi akan digandakan sekiranya berlaku kematian terhadap orang yang dilindungi akibat kemalangan ketika menunaikan Haji atau Umrah di Mekah atau Madinah.
Manfaat Matang
Anda akan dibayar jumlah nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.
Pendaftaran Akaun Tabung Haji
Kami akan membantu dalam urusan pembukaan akaun Tabung Haji dan pendaftaran Haji.

Senarai Rider

  1. Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal (Pembayar)
  2. Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Kematian dan HUMK (Pembayar)

  1. Rider Ultra Medic
  2. Rider Tambah Nilai Tetap
  3. Rider Manfaat Tunai Hospital

Kelayakan

  • Orang Yang Dilindungi
    Umur 14 hari hingga 55 tahun
  • Peserta
    Umur minimum 19 tahun, tanpa usia maksimum

Hubungi Saya

Sila isikan semua petak kosong yang bertanda *

Jika anda ingin bercakap dengan kami mengenai produk insurans dan takaful, sila tinggalkan butiran anda untuk kami hubungi.

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Family Takaful Berhad (199301011506)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia).
 
 

EtiqaQR