SecurePro

Kami memahami liku-liku dalam menjalani kehidupan seharian yang sentiasa berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Memperkenalkan SecurePro, pelan berkaitan pelaburan dengan pilihan 15 rider tambahan yang memberikan fleksibiliti agar gaya hidup semasa anda dan masa depan anda kekal dilindungi pada setiap masa.

Anda layak mendapatkan pelan pilihan yang unik dan sesuai dengan matlamat dan gaya hidup anda.

Manfaat Utama

Manfaat Tambahan Komprehensif Rider
Manfaat Tambahan Komprehensif Rider
Terdapat 15 pilihan rider yang melindungi anda untuk kemasukan ke hospital, pembedahan, kemalangan, penyakit kritikal dan banyak lagi. Sesuaikan perlindungan anda dengan pilihan yang tersedia.
Manfaat Milestone Celebration
Manfaat Milestone Celebration
Nikmati fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah yang diinsuranskan sebanyak 20% daripada jumlah asas yang diinsuranskan, atau maksimum RM100,000 tanpa pengunderaitan apabila anda melangkah ke fasa kehidupan, dan ianya bermula pada tahun polisi ke-3 seperti di bawah:

a.    Pengijazahan (pengajian tinggi dan keatas atau yang setara);
b.    Perkahwinan;
c.    Pembelian rumah baru; atau
d.    Kelahiran anak 
 
Nota: Untuk manfaat di atas, hanya terpakai maksimum dua peristiwa berbeza sebelum orang yang diinsuranskan mencapai hari jadi ke-60.
Pelbagai Pilihan Tempoh Perlindungan
Pelbagai Pilihan Tempoh Perlindungan
Anda boleh memilih tempoh perlindungan yang sesuai iaitu 20 tahun atau sehingga umur 70, 80, 90 atau 100 tahun (Umur Hari Jadi Berikutnya).
Pilihan Pertukaran Dana
Pilihan Pertukaran Dana
Tukar dana pelaburan anda pada bila-bila masa tanpa caj tambahan.
Tempoh Jaminan Tidak Luput
Tempoh Jaminan Tidak Luput
Polisi anda akan kekal berkuat kuasa dan tidak akan luput untuk tempoh 6 tahun pertama polisi dengan syarat bayaran premium tepat pada masanya tanpa cuti premium dan tiada pengeluaran separa.
Bonus Kesetiaan
Bonus Kesetiaan
Nikmati bonus kesetiaan yang dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik setiap 3 tahun, bermula dari tahun polisi ke-7 dan seterusnya untuk memaksimumkan nilai pelaburan anda.
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Pembayaran untuk manfaat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

Nota: Manfaat utama di atas adalah tertakluk pada terma dan syarat.

Senarai Rider

1.    IL Infinite Care
2.    IL Infinite Care Plus
3.    IL Cancer Care
4.    IL CI Care
5.    IL Accelerated CI 
6.    IL Junior CI
7.    IL Ultimate Health
8.    IL Lady Care
9.    IL AcciGuard
10.    IL Accidental Indemnity
11.    IL HospiCash
12.    IL Waiver of Premium of Critical Illnesses
13.    IL Waiver of Premium of Total and Permanent Disability (TPD)
14.    IL Payor Waiver of Premium (Spouse)
15.    IL Payor Waiver of Premium (Juvenile)

Kelayakan

Pelan ini tersedia untuk anda atau pasangan anda yang berumur antara 17 hingga 70 tahun, dan kanak-kanak berumur antara 14 hari hingga 16 tahun.

Hubungi kami untuk sesi rundingan PERCUMA hari ini.

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (201701025113) 
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia)
 
Ini merupakan produk insurans yang berkait dengan prestasi aset-aset dasarnya dan bukanlah produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.

EtiqaQR