Insurans Aspire

Merancang perbelanjaan pendidikan yang bersesuaian untuk anak anda adalah langkah terbaik dalam menjamin masa depan mereka. Dengan pelan pendidikan Aspire, kami akan membantu memenuhi keperluan pendidikan dan perlindungan insurans anak anda.

Manfaat Utama

Bayaran Tunai Interim Dijamin
Anda akan menerima bayaran tunai sebanyak 30%, 30% dan 40% daripada jumlah asas yang diinsuranskan pada penghujung 3 tahun terakhir polisi sebelum tempoh matang. Anda boleh memilih untuk menerima bayaran tunai terkumpul atau mengumpulkan bayaran tunai tersebut untuk kegunaan di masa hadapan.
Anugerah Kecemerlangan Akademik
Berikan galakan kepada anak anda untuk mencapai gred cemerlang dan kami akan memberi mereka ganjaran tunai.
Perlindungan Insurans
Jumlah asas yang diinsuranskan berserta bonus dan bayaran tunai terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
Manfaat Matang
Anda akan dibayar 50% daripada jumlah asas yang diinsuranskan berserta bonus dan bayaran tunai terkumpul (jika ada) sekaligus apabila polisi anda matang.

Senarai Rider

1) Rider Kemalangan Diri
2) Rider Penyakit Kritikal Premier
3) Rider Manfaat Tunai Hospital

  1. Rider Pengecualian Premium untuk Kematian/ HUMK/ Penyakit Kritikal
  2. Rider Manfaat Penjagaan Anak
  3. Rider Bertempoh Bagi Pembayar
  4. HUMK untuk Rider Bertempoh Bagi Pembayar

Kelayakan

  • Orang Yang Diinsuranskan
    Antara umur 14 hari hingga 10 tahun
  • Pemegang Polisi
    Umur minimum 19 tahun, tanpa usia maksimum

Hubungi kami untuk sesi rundingan PERCUMA hari ini.

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (1239279-P)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).

EtiqaQR