Insurans e-Fortune 5

Pelan yang memberikan jaminan pulangan dan ia meningkat dalam jangka pendek adalah sesuatu yang jarang dilihat setiap hari. Etiqa e-Fortune 5 adalah pelan perlindungan dan simpanan yang membantu anda untuk menyimpan dalam masa yang singkat dengan tawaran Fast & Easy kami:

Manfaat Utama

Jaminan Bayaran Tunai Tahunan
Jumlah tunai tahunan yang meningkat setiap tahun, sehingga 5%* daripada jumlah premium yang telah dibayar akan dikreditkan terus ke akaun anda.
 
*Kadar yang dijamin, sekiranya semua premium dibayar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Jaminan Bayaran Matang
Anda akan menerima 100% bayaran balik untuk premium yang dibayar apabila polisi anda matang pada tahun ke-5.
Jaminan Penerimaan
Semua permohonan akan diluluskan tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan atau menjawab soalan berkaitan kesihatan.
Manfaat Kematian
Bayaran tunai sebanyak 105% daripada jumlah premium yang dibayar akan dikreditkan terus kepada orang yang tersayang sekiranya anda meninggal dunia.

Maaf, tempoh langganan Insurans e-Fortune 5 telah tutup. Terima kasih kerana menunjukkan minat anda.

Soalan Lazim

  1. Apakah e-Fortune 5? Apakah perlindungan yang ditawarkan?
    e-Fortune 5 ialah pelan insurans bertempoh 5 tahun beserta elemen simpanan, yang ditawarkan dalam tempoh terhad. Pelan ini membayar jumlah yang dilindungi pada kematian, dan menyediakan manfaat Pembayaran Tunai Dijamin serta manfaat matang. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk atau Ilustrasi Jualan bagi pengecualian, terma dan syarat yang terperinci untuk manfaat-manfaat yang layak dibayar.

  2. Siapakah yang sesuai membeli produk ini?
    Produk ini sesuai bagi orang dewasa yang mencari pelan insurans yang ringkas dengan pembayaran tunai dijamin.

  3. Siapakah yang layak membeli pelan ini?
    Warganegara Malaysia yang berumur di antara 17 dan 70 tahun (umur pada hari jadi berikutnya) layak untuk membeli, tertakluk kepada tempoh tawaran selama 2 bulan. Etiqa mempunyai hak untuk mengubah tempoh tawaran apabila perlu.
     
  4. Bolehkan warga asing membeli pelan ini?
    Pelan ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 17 dan 70 tahun (umur pada hari jadi berikutnya).
     
  5. Berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan dan berapa lama tempoh perlindungan pelan ini?
    Jumlah yang diinsuranskan pada bila-bila masa adalah 105% daripada jumlah premium yang anda telah bayar, dan akan dibayar jika berlaku kematian. Anda perlu membayar premium tahunan selama 2 tahun, bagi tempoh perlindungan selama 5 tahun.
     
  6. Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu polisi?
    Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi.
     
  7. Bolehkan saya menambah atau mengurangkan jumlah premium tahunan saya?
    Mengubah jumlah premium adalah tidak dibenarkan selepas polisi bermula. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk polisi tambahan bagi menikmati lebih manfaat, tertakluk kepada had yang dibenarkan oleh kami serta terma dan syarat lain yang diguna pakai.
     
  8. Adakah pemeriksaan perubatan diperlukan?
    Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Permohonan anda dijamin akan diterima.
     
  9. Bagaimanakah jumlah premium ditentukan?
    Ini adalah pelan yang fleksibel dan anda boleh menentukan amaun premium berdasarkan kemampuan anda untuk membayar, tertakluk kepada had yang kami benarkan. Anda boleh memilih mana-mana amaun premium tahunan diantara RM12,000 dan RM25,000, dengan gandaan RM1,000 (contohnya, RM13,000).
     
  10. Bagaimanakah cara untuk membayar dan apakah frekuensi pembayaran premium bagi polisi ini?
    Ini adalah pelan dengan pembayaran premium secara tahunan dan anda boleh membayar premium melalui kad kredit atau kad debit.
     
  11. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar premium?
    Terdapat tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh premium perlu dibayar yang diberikan kepada anda untuk membayar premium. Jika premium yang perlu dibayar tidak diterima di dalam tempoh tangguh, perlindungan anda akan dilaraskan. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk atau Ilustrasi Jualan bagi pengecualian, terma dan syarat yang terperinci untuk manfaat-manfaat yang layak dibayar.
     
  12. Bagaimanakah saya boleh membeli pelan ini? Bolehkah saya mendapatkannya melalui ejen?
    Anda boleh membeli pelan ini melalui laman web kami. Ini adalah produk di atas talian dan tidak dijual oleh ejen kami. Tiada komisen dikenakan bagi pelan ini.
     
  13. Bagaimanakah saya akan mendapatkan pengesahan bagi permohonan saya? Bilakah pelan perlindungan ini akan bermula?
    Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta merta melalui laman web. Perlindungan akan bermula pada hari permohonan diterima beserta pembayaran, dengan dokumen polisi dan resit pembayaran dihantar melalui e-mel kepada anda.
     
  14. Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan polisi?
    Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 15 hari selepas polisi diterima oleh anda. Kami akan mengembalikan premium yang diterima kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan polisi anda selepas 15 hari, anda akan mendapat nilai serahan yang lebih rendah daripada jumlah premium yang dibayar.
     
  15. Bagaimanakah untuk memfailkan tuntutan sekiranya kejadian yang dilindungi (kematian) berlaku?
    Kami boleh dihubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my, Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888, atau Live Chat 24-jam di laman web kami. Anda juga boleh rujuk kepada panduan ringkas ini tentang penyerahan tuntutan atas talian kami.
     
  16. Apakah yang akan saya terima di akhir tempoh polisi jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi?
    Selain daripada PTD tahunan, 100% daripada jumlah premium yang telah dibayar akan dikembalikan kepada anda apabila polisi matang.
     
  17. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya kehilangan atau tidak menerima dokumen polisi? Atau jika saya perlu mengemaskini maklumat peribadi dan butiran perhubungan?
    Anda boleh e-mel kami di info@etiqa.com.my, hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888, atau hubungi Live Chat 24-jam di laman web kami.
     
  18. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat salah nyataan atau tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang diperlukan?
    Salah nyataan atau tidak mendedahkan maklumat material akan menyebabkan pembatalan kontrak, atau tuntutan tidak dibayar. Untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang tidak diingini tersebut, anda dikehendaki menyatakan dengan sepenuhnya semua maklumat yang relevan, termasuk keadaan perubatan dan umur dengan betul.
     
  19. Adakah saya layak menikmati pelepasan cukai ke atas premium yang dibayar?
    Anda boleh menggunakan premium insurans hayat yang dibayar bagi pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
     
  20. Bagaimanakah saya boleh menukar kad kredit/debit yang digunakan bagi penolakan premium?
    Anda boleh datang ke mana-mana cawangan kami dan isi borang Permohonan Pertukaran, dan borang Pembayaran Premium melalui Visa/Master Card.
     
  21. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
    Anda boleh e-mel kepada kami di info@etiqa.com.my, hubungi Etiqa Oneline di talian 1-300-13-8888, atau layari laman web kami di www.etiqa.com.my untuk maklumat lanjut. Live Chat 24-jam juga boleh didapati di laman web kami untuk sebarang pertanyaan.
     

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (1239279-P)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).

EtiqaQR