Perlindungan Pengecas Rumah EV

Di Etiqa, kami menggalakkan dan menyokong semua usaha bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

 
Sebagai pemilik Kenderaan Elektrik (EV), anda semestinya memahami kepentingan pengecas EV anda. Dapatkan perlindungan untuk pengecas rumah Kenderaan Elektrik (EV) anda sekiranya berlaku malapetaka atau kecurian.
 
Perlindungan Pengecas Rumah EV ini tersedia sebagai tambahan kepada pelan komprehensif Insurans Motor Etiqa anda.

Caj Dinding

Tambahan perlindungan Pengecas Rumah Kenderaan Elektrik (EV)

Manfaat tambahan perlindungan Pengecas Rumah EV Etiqa menyediakan pembayaran balik daripada RM5,000 sehingga RM12,000 untuk menggantikan atau membaiki pengecas rumah EV  anda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat:

  • Kecurian
  • Api
  • Banjir
  • Kilat
  • Letupan
  • Taufan rebut angin, gempa bumi
  • Pesawat dan peranti udara atau barang yang dijatuhkan daripada pesawat
  • Kerosakan akibat kenderaan jalan raya
  • Tangki air, radas atau paip yang pecah atau melimpah

Kelayakan

Jenis Kenderaan

  • Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri (BEV) atau Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) yang digunakan untuk tujuan persendirian sahaja.
 

Usia Kenderaan

  • Melebihi usia 1 tahun
 

Bagaimana untuk membuat tuntutan?​

  1. Buat laporan polis dalam masa dua puluh empat (24) jam selepas kejadian,
  2. Serahkan salinan laporan polis, dan
  3. Serahkan invois/resit asal untuk perbelanjaan pembaikan dengan memperincikan nama syarikat pemasang.
 

Nota:

  • Daftar untuk Perlindungan Pengecas Rumah EV melalui cawangan-cawangan Etiqa atau Maybank, ejen Insurans Am kami, atau Etiqa Oneline di talian 1 300 139139.
  • Perlindungan adalah terhad kepada satu (1) kejadian dalam tempoh pelan Insurans.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat.
 

Muat Turun

EtiqaQR