Prinsip 1 | Insurans/Takaful Yang Mudah Diakses

1.   Kami menawarkan model penglibatan aktif yang membolehkan anda mengetahui:
  • Pilihan dan kemudahan berbilang saluran untuk membuat pembelian dan pertanyaan.
  • Di mana dan bagaimana untuk memberikan maklum balas, cadangan dan membuat aduan.
2.   Kami memaklumkan kepada anda kaedah fizikal dan saluran perhubungan yang boleh anda gunakan untuk membeli produk atau membuat pertanyaan. Secara khususnya, kami memberi anda capaian mudah kepada yang berikut.
  • Lokasi ejen insurans / Takaful.
  • Senarai saluran perhubungan pelanggan, iaitu laman web korporat, portal web layan diri pelanggan dan pusat panggilan.
3.   Kami akan memaklumkan kepada anda saluran yang disediakan, yang mungkin berubah dari masa ke masa.
Kami secara aktif akan mendapatkan maklum balas, cadangan atau aduan agar kami dapat memberi perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelanggan.
 
  1. Kami menyediakan pelbagai saluran kepada anda untuk memberikan maklum balas dan cadangan. Untuk menghubungi kami, sila klik sini.
  2. Kami mengumpulkan maklum balas/melaksanakan tinjau selidik kepuasan pelanggan secara berkala dalam usaha kami memenuhi keperluan dan jangkaan anda. 
EtiqaQR