Prinsip 2 | Kenali Pelanggan Anda

 
Kami akan berusaha untuk membantu para pelanggan mencari produk yang sesuai untuk membantu keperluan mereka.
 
  1. Kami memastikan kakitangan dan ejen yang berilmu dan beretika sedia membantu anda.
     
  2. Latihan:

    •    Kami memastikan kakitangan dan ejen kami dilatih dengan sewajarnya tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
    •    Latihan diberikan setiap kali produk baharu dilancarkan. Kami juga akan dari masa ke masa mengendalikan kursus ulang kaji tentang produk yang sedia ada.
     
  3. Untuk membolehkan kami memahami profil dan keperluan anda dengan sewajarnya, kami:

    •    Mendengar pandangan anda dengan teliti.
    •    Memperakui dan betul-betul memahami keperluan dan keutamaan anda.
    •    Meminta maklumat dan dokumen yang perlu untuk membolehkan kami menasihati anda dengan sewajarnya dan menurut Kod Tataamalan Industri berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
    •    Menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda.
     
  4. Sebarang pilihan yang diberikan kepada anda akan diterangkan dan atas dasar “pilihan turut serta”, seperti rider, perkongsian/penggunaan maklumat anda untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan.
EtiqaQR