Program Pemerkasaan Belia
Pada tahun 2021, Etiqa telah berkerjasama dengan Adap Youth Garage (AYG) untuk menubuhkan Etiqa Cares Centre yang membolehkan golongan belia di sekitar PPR Kota Damansara menikmati kemudahan internet, mengulangkaji, dan bersosial dengan selesa. Pusat ini menyediakan ruang yang kondusif agar para belia dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik kerana kebanyakan daripada mereka tinggal di rumah yang serba kekurangan.
Pada tahun lepas, seramai 50 pelajar kurang berkemampuan yang berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk remaja yang telah meninggalkan rumah perlindungan mereka, telah mendapat latihan kemahiran insaniah melalui Program Pemerkasaan Belia oleh Etiqa dan Yayasan J’Keb. Objektif program ini adalah untuk memperkasakan dan memastikan para pelajar ini dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tertentu yang telah diaturkan oleh Yayasan J’Keb.
© 2024 Etiqa. Hak Cipta Terpelihara.
Thank you for signing up.
We can't wait to send you updates that we hope you'll find informative and helpful.