Insurans Etiqa Life Plan

Insurans Enrich Life Plan

Dari saat anda memasuki alam kerjaya ke gerbang perkahwinan, sehingga fasa keibubapaan dan persaraan, kami tahu bahawa anda mempunyai impian dan aspirasi pada setiap peringkat dalam kehidupan.
 
Pelan Enrich Life memberikan anda fleksibiliti yang luas untuk keperluan insurans anda dan orang yang tersayang. Pelan ini menawarkan pelbagai rider terbaik untuk menepati gaya hidup anda hari ini dan masa hadapan.

Manfaat Utama

Perlindungan Insurans
Jumlah asas yang diinsuranskan berserta bonus dan bayaran tunai terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
Perlindungan Perubatan
Dapatkan manfaat perubatan yang menyeluruh sekiranya anda berhadapan dengan keadaan yang memerlukan anda dimasukkan ke hospital. Anda hanya perlu menambah Rider Ultra Medic kepada polisi asas anda.
Perlindungan Penyakit Wanita
Anda boleh menyertakan Rider Penyakit Wanita untuk memastikan perlindungan anda merangkumi penyakit berkaitan wanita, manfaat pemulihan dan pilihan untuk menambah Rider Kehamilan.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Anda boleh menyertakan Rider Penyakit Kritikal Premier untuk meningkatkan perlindungan anda. Anda akan dibayar jumlah asas rider yang diinsuranskan sekiranya anda didiagnosis dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal.
Tingkatkan Perlindungan Anda
Anda mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan perlindungan pada pelan asas anda dengan pelbagai pilihan rider.

Bantuan & Sokongan

Tonton video Etiqapedia untuk fahami insurans hayat bertempoh.

Senarai Rider

  1. Premier Critical Illness Rider
  2. Ultra Medic Rider
  3. Level Term Rider
  4. TPD for Level Term Rider
  5. Hospital Income Rider
  6. Accident Rider
  7. Accidental Indemnity Rider
  8. Accidental Extra TPD Rider
  9. Accidental Medic Rider
  10. Junior Critical Illness Rider
  11. Female Illness Rider
  12. Maternity Rider
  13. Waiver of Premium due to Critical Illness Rider

  1. Elite Payor Waiver of Premium Upon Death, TPD and Critical Illness (Juvenile)
  2. Elite Payor Waiver of Premium Upon Death, TPD and Critical Illness (Spouse)

Kelayakan

  • Orang Yang Diinsuranskan
    Berumur antara 14 hari hingga 55 tahun
  • Pemilik Polisi
    Minimum umur 17 tahun dan tiada maksimum umur

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad (1239279-P)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia).

EtiqaQR