PAWer Insurance

Kebanyakan daripada kita menyayangi haiwan peliharaan seperti anak sendiri kerana ianya ibarat teman dan membawa kegembiraan yang tidak terhingga dalam hidup kita. Dengan PAWer, anda boleh menunjukkan kasih sayang anda kepada haiwan kesayangan anda dengan memberikan perlindungan dan penjagaan terbaik untuk mereka.

Manfaat Utama

Bayaran kos veterinar dan kos pembedahan
Bayaran balik sehingga RM8,000 setahun untuk kos veterinar dan kos pembedahan*.
 
*Rawatan veterinar akibat sakit dan/atau kemalangan. Kos yang dikenakan adalah tertakluk kepada 10% bayaran bersama. 
 
Perbelanjaan kos pengebumian atau kos pembakaran
Bayaran sehingga RM1,000 untuk menampung kos pengebumian atau kos pembakaran.
Liabiliti pihak ketiga
Melindungi kos guaman dan perbelanjaan yang ditanggung akibat kecederaan badan kepada pihak ketiga dan/atau kehilangan/kerosakan harta benda milik pihak ketiga yang disebabkan oleh haiwan peliharaan anda, sehingga had pembayaran balik sebanyak RM30,000 setahun untuk kucing atau RM50,000 untuk anjing setiap tahun.
Kemasukan tanpa tunai ke klinik panel veterinar dan pusat kesihatan haiwan peliharaan

Surat jaminan akan dikeluarkan terus kepada doktor haiwan anda.

 

Jadual Manfaat

Manfaat Ringgit Malaysia
Perak Emas Platinum
Seksyen 1 Bayaran untuk kos veterinar dan kos pembedahan Sehingga RM3500 setahun Sehingga RM5000 setahun Sehingga RM8000 setahun
  10% bayaran bersama dikenakan 10% bayaran bersama dikenakan 10% bayaran bersama dikenakan
a) Kos bermalam di klinik selepas pembedahan Sehingga 3 malam Tanpa had untuk bilangan malam Tanpa had untuk bilangan malam
b) Rawatan selepas pembedahan Sehingga 30 hari Sehingga 60 hari Sehingga 60 hari
Seksyen 2 Kos Perbelanjaan Pengebumian atau Kos Pembakaran Tidak Dilindungi Sehingga RM500 Sehingga RM1000
Seksyen 3 Liabiliti pihak ketiga (kucing) Tidak Dilindungi Sehingga RM10000 setahun Sehingga RM30000 setahun
Ekses   RM1000 RM1000
Liabiliti pihak ketiga (anjing) Sehingga RM5000 setahun Sehingga RM30000 setahun Sehingga RM30000 setahun
Ekses RM500 RM1000 RM1000

Kelayakan Untuk Haiwan Peliharaan

Informasi Kucing Anjing
Berumur diantara 12 minggu sehingga 10 tahun semasa tarikh permulaan polisi Ya Ya
Bukan haiwan peliharaan yang bekerja (digunakan untuk perlumbaan, pembiakan, penguatkuasaan undang-undang, pengawal atau kegunaan komersial lain) Ya Ya
Bebas daripada kecederaan/kecacatan fizikal Ya Ya
Anda mestilah mempunyai mikrocip n/a Ya
Anda mestilah mempunyai lesen dan tidak tergolong di bawah baka yang dilarang atau dikenakan sekatan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan atau Pihak Berkuasa Awam atau Tempatan n/a Ya
Anda mestilah memberikan sijil kad perubatan dari doktor veterinar berdaftar dengan maklumat mengenai haiwan peliharaan dan pemiliknya termasuk nama dan gambar haiwan peliharaan anda Ya n/a
Haiwan peliharaan mestilah dalam jagaan orang yang diinsuranskan atau keluarga orang yang diinsuranskan yang tinggal bersama di Malaysia Ya Ya

Premium Tahunan untuk Kucing

Perak Emas Platinum
RM290 RM390 RM490

Premium Tahunan untuk Anjing

Perak Emas Platinum
RM540 RM640 RM790
 
Nota:
1. Kelayakan Untuk Pemilik Haiwan Peliharaan
  • Terbuka untuk semua warganegara Malaysia atau pemastautin yang mempunyai pengesahan sah.
  • Mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
2. Semua premium dan lain-lain fi/caj (jika ada) akan tertakluk pada caj-caj atau cukai-cukai yang berkenaan sebagaimana yang dianggap perlu oleh pihak berkuasa cukai Malaysia.
3. Tambahan RM10 untuk bayaran duti setam.
4. Manfaat di atas adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut

Muat Turun Dokumen

Diunderait oleh Etiqa General Insurance Berhad (197001000276)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

EtiqaQR