Tuntutan banner

Tuntutan

Tuntutan

Senarai Semak Tuntutan

Anda harus memaklumkan kepada kami secepat mungkin apabila berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak dingini. 

Ini dapat membantu kami menyelesaikan tuntutan anda dengan lebih pantas dan Bahagian Tuntutan Etiqa akan memberi nasihat untuk langkah seterusnya. 
 
Sila pastikan butiran dan maklumat anda lengkap sebelum membuat tuntutan melalui Borang Tuntutan Online kami: 
  • Maklumat Polisi anda 
  • Maklumat tentang kemalangan: tarikh, kerosakan yang berlaku, lokasi, dan sebagainya
  • Butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang ingin anda tuntut
  • Maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat  

Proses Tuntutan

  • Tugasan Tuntutan

    Setelah tuntutan anda diterima, ia akan ditugaskan kepada pakar tuntutan kami. Bergantung kepada kerumitan tuntutan anda, anda mungkin akan berurusan dengan pakar tuntutan yang berpengalaman dalam mengendalikan aspek tertentu tuntutan anda.

  • Permulaan

    Pakar tuntutan kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerugian anda, bercakap tentang perlindungan anda, menerangkan bagaimana tuntutan anda akan dikendalikan, mengenalpasti cara-cara untuk melindungi harta benda anda daripada kerosakan lanjut dan menjadualkan temujanji dengan anda jika diperlukan.

  • Anggaran Tuntutan & Penilaian

    Pakar tuntutan kami akan menentukan sama ada kerugian akan dilindungi, mengumpul fakta, menyiasat dan mendokumenkan kerosakan, menemubual saksi atau individu lain yang terlibat, jika perlu gambar dan sampel akan diambil, dan menilai tuntutan anda.

  • Resolusi

    Pihak kami akan bekerjasama dengan anda untuk menentukan sama ada tuntutan anda dapat dijelaskan oleh kami atau tidak. Penjelasan akan diberikan jika tiada bayaran dibuat atas tuntutan anda. Kami akan menutup tuntutan anda setelah segala tuntutan anda diselesaikan dibawah terma polisi anda. Anda juga boleh menghubungi kami jika terdapat perbelanjaan, yang diragui dan kami akan membuka semula tuntutan anda untuk siasatan lebih lanjut.

EtiqaQR